Friday, August 26, 2011

EID MUBARAK


Salam kepada semua yang beragama Islam,

Tinggal beberapa hari sahaja Hari raya akan menjelang. Ini bermakna Ramadhan akan berakhir. Sedih mengenangkan bulan yang barakah dan membawa seribu rahmat ini akan berlalu. Mungkinkah kita sempat bertemu sekali lagi dengan Ramadhan seterusnya? Tak siapa yang dapat memberikan jawapan, kecuali-Nya. Sebenarnya, banyak yang Kak Durrah mahu lakukan dalam bulan barakah ini, namun ada masa-masanya kita lemah. Tak tergapai semuanya. Cuma Kak Durrah berdoa agar diri ini diberi peluang untuk bertemu banyak Ramadhan lagi...

Mungkin esok atau lusa Kak Durrah akan balik kampung. Yeah, Yeah!! Balik kampung!
Oooo, balik kampung!
Oooo balik kampung!
Hati riang...

Terngiang-ngiang di minda, lagu alunan Allahyarham Sudirman itu.

Bila diri sudah berada di kampung nanti, bermakna akan sibuk dengan persiapan raya. Komputer semua tolak tepi. Nak 'on' pun tak sempat, inikan pula nak up-date. Jadi, pagi ini Kak Durrah luangkan sedikit masa untuk berinteraksi di alam maya.

Kak Durrah sekeluarga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
EID MUBARAK KEPADA SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM. SEMOGA RAYA TAHUN INI LEBIH BERMAKNA SETELAH MELALUI TARBIYAH RAMADHAN SELAMA SEBULAN.

HARGAILAH INSAN-INSAN TERSAYANG DI SEKELILING KITA. JIKA ADA YANG TERSIMPAN/TERBUKU DI HATI JANGANLAH DIPENDAM. INILAH MASANYA UNTUK MELERAIKAN SRGALANYA...

ANDAI ADA YANG TERSALAH BICARA DI SINI, KAK DURRAH MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Salam sayang daripada,

DURRAH FATIHA.

Sunday, July 24, 2011


Salam,
Dah mula berhabuk semula blogku ini. Namun apa daya, sejak sebulan yang lalu Kak Durrah begitu sibuk dengan urusan hidup hingga tiada masa langsung untuk beri perhatian terhadap blog. Rasanya kesibukan akan berterusan hingga beberapa hari lagi. Namun ada sedikit ruang malam ini untuk mencoret sesuatu di sini.

Just something short to share. I got this from someone's blog.

SOMETIMES I WISH I WAS A LITTLE GIRL AGAIN BECAUSE A BRUISED KNEE HEALS FASTER THAN A BROKEN HEART.

Agak-agak... apalah yang menjadikan mood si tuan punya blog tu down sampai begini, ek? Fikir-fikirkanlah sementara Kak Durrah siapkan kerja dulu.

Wassallam,

Durrah Fatiha.

Friday, June 24, 2011

PESTA BUKU SELANGOR 2011


Salam,
Rasanya baru sahaja kita telah memeriahkan PWTC dengan menghadirkan diri serta memborong buku-buku di sana, kan.

Pesta Buku datang lagi!! Cuma kali ini ia telah bertukar premis ke SACC Mall, Shah Alam pula. Tempatnya sangat berdekatan dengan Wisma PKNS Shah Alam. Acara tersebut bermula hari ini (24 Jun) dan akan berlangsung hingga 3hb Julai.

Bagi anda yang sangat obses pada buku, jangan lepaskan peluang ini. Jomlah ke sana untuk mendapatkan buku-buku terbaru di pasaran.

InsyaAllah Kak Durrah akan berada di booth Grup Buku Karangkraf esok, yakni hari Sabtu 25hb, dari jam 2.00ptg hingga 5.00 ptg. Okay, jumpa di sana nanti!!

Salam,

Durrah Fatiha.

Tuesday, June 7, 2011

RECIPES FOR SUCCESS


Salam,

Kak Durrah agak busy kebelakangan ni. But I still want to post something here. Khas buat adik-adik, anak-anak dan sesiapa sahaja yang bakal menduduki peperiksaan atau apa-apa assignment yang perlukan tindakan. Without exception, this is also for myself yang perlukan sangat-sangat kata-kata semangat sebegini buat masa sekarang;

Recipes For Success
To study while others are sleeping
To work while others are loafing,
To be prepared while others are playing,
And... to dream while others are wishing!!

The best way to finish an unpleasant task is to get started. Do you all agree with me?...

Wassallam,

Durrah Fatiha.

Tuesday, May 31, 2011

DUA HATI BERTEMU


Salam,
Sejak hari Sabtu yang lalu, bermulalah cuti sekolah. Dua, tiga hari ni anak-anak Kak Durrah terpaksa mengikuti program sekolah (dua anak akan mendudukki peperiksaan besar tahun ni. Sorang dalam tingkatan 3 dan satu lagi di tingkatan 5) jadi kami sekeluarga tak boleh bergerak ke mana juga. Yang di Universiti juga (dua-dua) sudah sign up untuk mengikuti 'short semester'. Akhirnya, Kak Durrah juga yang ditinggalkan sorang-sorang kat rumah. Hmm...

Anayway, musim cuti ni tak kurang dengan aktiviti. Paling sibuk di hari minggu iaitu apabila memenuhi jemputan kenduri kahwin!! Kadangkala hingga 3 jemputan dalam satu hari. Ada masa-masanya tak ada langsung...

Bagi yang menempuh alam perkahwinan di musim cuti ni, didoakan semoga bahagia ke akhir hayat. Redha Allah yang dipohon dalam melalui hidup berumah tangga. Pahala dan ganjaran sangat banyak menunggu, asalkan kita tahu cara mencarinya.

Khas buat mereka yang menempuh hari bahagia;

Pertemuan pertama meruntun naluri,
Terdetik hati, mengganggu emosi
Bertaut pandang cinta bersemi
Ikatan hati elok dituruti,
Bermula episod cincin di jari
Langkah disusun menuju destinasi
Gendang dipalu, janji dikota,
Tekad di hati tanggungjawab dipikul,
Duduk bersila akad dilafaz
Termetrai sudah ikatan janji,
Moga Allah memberkati,
Hubungan suci kekal abadi.
-Amin.


Salam,

Durrah Fatiha

Sunday, May 8, 2011

IBU, IBU...


Salam semua,
Tengah malam tadi Kak Durrah termangu-mangu apabila anak sulung masuk ke dalam bilik dan memberikan pelukan hangat. Dalam mamai Kak Durrah biarkan saja lalu tertidur semula. Dalam kesibukan pagi tadi insiden tersebut langsung hilang dari ingatan.
Namun sewaktu tengah hari Kak Durrah dapat satu sms dari seorang kawan yang mengingatkan tentang hari ini yang merupakan Hari Ibu. Semerta insiden malam tadi menerpa ke minda. Rupa-rupanya akan Kak Durrah peluk sambil mengucapkan Happy Mother's Day Mommy. Time tengah-tengah malam macam tu manalah kepala ni boleh 'compute'...

Anyway, to all of you out there yang bergelar ibu, mak, mama, ummi, mommy n whatever panggilan yang membawa maksud sebegitu...

HAPPY MOTHER'S DAY!!!

Hari ini adalah hari kita. Kak Durrah yakin ungkapan mama, ibu ummi dan sebagainya itu membawa makna yang istimewa buat kita semua. Hanya kita sendiri yang faham dan menghargainya dalam maksud tersendiri...

Kepada semua yang bergelar ibu, terimalah...

A MUM IS A ROSE WHOSE PETALS ARE SOFT...
A MUM IS A LILY WHOSE STEM IS TALL N STRONG...
A MUM IS A PERSON WHO IS NEVER WRONG...
A MUM IS A PERSON WHO SHOULD LOVE FOREVER...
TRUST HER, BELIEVE IN HER N NEVER DOUBT HER.
SO, HAPPY MOTHER'S DAY!!!


DURRAH FATIHA.

Saturday, April 30, 2011

YANG BERTUAH


Salam,
Inilah dia wajah bertuah seorang pengunjung ke Pesta Buku pada hari Ahad 24 April yang lalu! Apalagi, tersenyum meleretlah dia apabila Kak Durrah kata dia akan mendapat hadiah khas. Katanya, dia sudah ada semua novel Kak Durrah. Wah, rasa terharu...

Tahniah kepada adik Nur Shi Hah Ma'amor.

Bagi yang akan ke pesta buku pada Hari Ahad ini, kunjungilah booth Grup Buku Karangkraf dan dapatkanlah novel Merdu Lirik Kasih. Siapa tahu... mungkin anda juga akan dihadiahkan dengan satu unit CD Maher Zain!! Kak Durrah akan berada di sana sebelah petang.

Durrah Fatiha.

Durrah Fatiha.