Wednesday, June 30, 2010

Membaca








Salam semua,
Baru-baru ni kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor telah mengadakan satu event iaitu, "Largest Outdoor Reading Event In Malaysia." Ianya berlangsung di sekitar Taman Tasik Shah Alam berhadapan dengan kompleks PKNS.

Kak Durrah serta beberapa orang penulis lain telah dijemput oleh pihak Alaf bagi sama-sama memeriahkan acara yang julung kali dimulakan ini. Yang hadir sama pada hari itu adalah Iris Ixora, Eka Fahara, Lily Suriani, Nurmi Syakimi, Laila Kamilia dan Murni Aqila. Tidak ketinggalan juga staf-staf Alaf yang mesra dan helpful.

Kak Durrah angkut sekali anak-anak ke sana. Seronok tengok ramai orang membaca. Ramai anak-anak kecil juga turut membaca. Yang tadika dan kanak-kanak sekolah. Sepatutnya beginilah... Awal-awal lagi diterapkan budaya suka membaca.

Setelah lebih satu jam berada bersama kawan-kawan, kamipun berpisah dan membawa haluan masing-masing.

Terima kasih Alaf kerana menjemput Kak Durrah menyertai program ini!

Semoga kita semua menjadi insan yang suka membaca, tak kira apa genre bahan cetak. Kata pepatah... Membaca Jambatan Ilmu. Marilah kita sama-sama menghayati niat baik pihak penganjur di sebalik mengadakan event sebegini!

Durrah Fatiha.

2 comments:

JHaZKiTaRo said...

salam.. blog hopping.. kalau mau baca ttg Malta & other countries, jemput lompat ke blog hamba, Aku Sebutir Pasir.. :)

Maizura Mohd Ederis said...

Salam Dhurah,

Jika berminat dalam bidang adaptasi novel ke drama TV, sila lawati blog saya :

http://www.tangisanbulanmadu.blogspot.com

Bengkel ini sesuai samada utk penulis skrip yang mahu mengadaptasi novel atau novelis yang mahu novelnya diadaptasikan.