
Salam semua,
Setelah menyepi dengan begitu lama dari berinteraksi di blog ini, Kak Durrah dah tak tahan lagi. Rindu! Ya, rindu untuk kembali bersantai di sini.
Oh ya, mesti ramai yang tertanya-tanya ke mana perginya Kak Durrah selama ni.
Hm... tak ke mana-manapun. Sebenarnya sebelum datangnya Ramadhan lagi Kak Durrah mendiamkan diri kerana sibuk mahu menyiapkan manuskrip kelima. Tetapi nampaknya tidak sempat juga. Bila sudah masuk bulan puasa, semua projek akan di'hold'. Kak Durrah bagi priority kepada bulan yang mengundang banyak barakah ini. Sepanjang bulan ini banyak aktiviti yang dibuat. Tidak perlulah Kak Durrah lakarkan di sini. Kita semua tahu apa yang patut diisi pada bulan ini bagi merebut 'tawaran khas' yang Allah janjikan kepada kita, kan?
Kini Aidil Fitri bakal menjelang. Hari kemenangan kita setelah melalui madrasah tarbiyah di bulan Ramadan. Bagaimana harus diisi hari kemenangan ini? Apapun yang kita lakukan, jangan sampai mensia-siakan segala pelajaran dan pengalaman yang kita tempuhi dengan jayanya sewaktu di bulan Ramadhan.
Akhir kata, Kak Durrah mengucapkan Eid Mubarak kepada semua umat Islam!! Jika selama ini ada terkasar bahasa, tersilap bicara atau terguris hati di mana-mana, Kak Durrah memohon maaf zahir dan batin pada semua. Semoga jumpa lagi.
Salam Aidul Fitri!!
Durrah Fatiha.
P/s. Kemeriahan menyambut raya bersama-sama sanak-saudara di kampung sedang melambai-lambai di minda...
1 comments:
Assalamualaikum Kak Durrah
Apa khabar?
Lama tidak dengar berita...
Sedang tulis manuskrip baru ya?
Selamat menulis kak.
Post a Comment