Tuesday, January 4, 2011

SALAM 2011

SALAM SEMUA,

Sudah berkurun Kak Durrah tak kemaskini blog. Banyaklah sebab-musababnya(alasan...). Anyway, alhamdulillah today I have the courage(?) to write something here. Tak banyak yang Kak Durrah nak kongsi sebab kebanyakan news dah basi.

Sebelum terlambat (dah lewatpun) Kak Durrah ucapkan selamat menyambut kedatangan tahun baru 2011. Di harap kita semua ada azam tahun baru yang betul-betul mahu dikotakan hingga berjaya! Tak perlu hebahkan kepada semua orang, kan? Yang penting kita pastikan azam itu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Dan dah pastilah azam itu perkara yang baik-baik ya. Jika azam untuk buat benda-benda yang tak elok dan membazir masa saja, haruslah difikirkan semula... Tak berbaloi untuk dikendong dalam kehidupan kita yang pendek ini.

Kak Durrah juga ada azam, namun biarlah ia menjadi keazaman dalam diri ini sahaja. Takut kalau dikongsi ia hilang 'keazaman'.

Semasa cuti baru-baru ni Kak Durrah sempat membaca sikit-sikit. Dalam sebuah buku Kak Durrah serempak beberapa quote mengenai cinta/love. Sebagaimana yang kita tahu cinta yang paling agung adalah cinta kepada Allah. Namun berapa ramai yang menyedari akan hakikat ini? Kita jarang mahu menyelami dengan mendalam, kan?

Ada satu quote dalam buku tu yang akak nak kongsi. Buku tersebut tulisan seorang Turki dan dialih bahasa kepada English. Antara kata-kata dalam buku tu adalah seperti berikut:

The love of mother, father, wife, husband and children, and material dan spiritual opportunities and other worldly favors are all Allah's kindness and favor to His servants. But all these kinds of love should be a means to reach Allah. They are only signposts in Allah's path. Our hearts should not be a slave to them, for those who are in love with Absolute Beauty do not fall in love with fragments. Those who do will be deprived of the whole. In other words, those who fall in love with the world will be deprived of Allah's love. Rumi expresses this in the following couplet:

Those who fall in love with the world are like hunters who shoot at shadows;
how could a shadow come into their possession?
One of the foolish people tried to catch a bird's shadow;
but even the bird on the branch was bewildered about this.


So, apa yang mahu kita kejar? Bayang-bayang tu ke... atau apa? Let's do some deep thinking for this new year. And at the end of the year nanti, kita review balik....
Opps, tahun ni konon-konon Kak Durrah nak kemaskan penggunaan bahasa Melayu dan juga Inggeris dan tak mahu campur adukkan jadi bahasa rojak, tapi dah tercampur.

Sekian, sekadar untuk renungan dan pembuka kata di tahun baru. Jumpa lagi.

Salam,

Durrah Fatiha.

0 comments: