Tuesday, March 29, 2011

HI, I'M BACK






Salam semua,
Hmm, setelah berkurun menyepikan diri hari ni kak Durrah gagahkan diri untuk mencoret sesuatu di blog ni.
Banyak perkara yang telah berlaku dan kak Durrah lalui. Yang busy, happy dan enjoy.

Namun yang paling tak mampu kak Durrah lupakan adalah tempoh sepuluh hari berkampung di Hospital Kangar, Perlis kerana menjaga ibu yang melalui tahap kritikal dalam hidupnya. Saat genting dan menyedihkan. Ia menuntut ketabahan untuk diharungi. Sabar, doa dan penuh berharap kepadaNya sahaja! Alhamdulillah, dia(ibu) sudah di luar tahap kritikal semasa kak Durrah tinggalkannya untuk pulang ke pangkuan keluarga di Kajang (dan tanggungjawab yang menunggu).
Apa nak dikata... that's life, kan? Semua orang juga melalui kehidupan yang macam tu.

Okey, sekarang ni dah lapang sikit. Hidup kak Durrah dah come back to almost normal dalam se hari dua ni. Bolehlah kak Durrah tarik nafas lega.

Cuma sebelum kak Durrah pulang ke kampung tempoh hari, sempat juga ke Kelantan kerana merai dua orang anak saudara suami yang melangsungkan perkahwinan mereka dengan orang sana. Wah, first time tengok cara orang sana berkenduri.

Dalam pada tu sempat juga 'lari' ke Pengkalan Kubur. Of course, tak miss untuk menjelajah Pasar Siti Khadijah dan makan nasi kerabu serta kuih muih yang semuanya manis-manis belaka. Enjoy betul sampai tak perasan kain dah mula ketat kat pinggang!

Selepas itu kami terus ke Terengganu untuk berehat sebelum pulang ke Kajang. Menyewa di homestay yang sangat bersih dan selesa. Ia tak jauh dari bandar K.T. Mudah untuk kami ke pantai Batu Buruk di waktu malam.

Dah lama kak Durrah mengidam untuk 'menziarahi' Pasar Payang! Alhamdulillah, dapat juga melepas gian di sana. Apalagi, borong sakanlah... Sebelum bertolak balik kami ke Losong untuk menikmati keenakan keropok lekor. Mestilah mengangkut untuk dibawa balik.

Setakat ni saja yang kak Durrah nak cerita. InsyaAllah, sedikit masa lagi akan ada cerita yang nak dikongsi. Tunggu ya...

Durrah Fatiha.

2 comments:

Maryam Kamal said...

auntieeeeeeeeee!!

yam guna link belog baru! :)

welcome back!

Durrah Fatiha said...

Salam Maryam,
Thanks! Hope blog auntie ni takkan bersawang lagi....