
Salam semua,
Demam pesta Buku sudah bermula. Di kebanyakan blog yang Kak Durrah lawati, semuanya mempromosikan tentang hal ini. Bagi peminat buku sekelian, jangan ketinggalan. Ayuh, kita ramai-ramai ke sana bermula Jumaat ni. InsyaAllah, Kak Durrah juga akan ke sana. Selain mengikut jadual yang sudah ditetapkan oleh pihak Alaf21, di hari-hari lain juga Kak Durrah akan berada di sana especially on weekdays. Ini bagi membeli buku-buku yang dah Kak Durrah listkan untuk dibuat koleksi.
Dah penuh almari kat rumah tu, tapi bila tengok buku-buku baru dalam pasaran... aduuh, jiwaku tak boleh tahan. Mesti nak dapatkan jugak!! Selain tu, Kak Durrah bercadang untuk membeli buku-buku latihan bagi anak-anak yang di Tingkatan 3 dan 5 tu.
Oleh itu, sama-samalah kita memeriahkan pesta tahunan tersebut.
Moga jumpa di sana,
Durrah Fatiha.
0 comments:
Post a Comment