
Salam semua,
Alhamdulillah... akhirnya buah tangan ke 5 Kak Durrah sudah bersedia untuk bertemu peminat novel tidak berapa lama lagi. Bagi pengunjung ke PWTC semasa Pesta Buku Antarabangsa 2011 nanti, bolehlah dapatkannya di sana. Oleh itu, jomlah kita sama-sama meriahkan pesta buku tersebut!
Merdu Lirik Kasih (MLK) adalah merupakan kesinambungan dari rentetan kisah Ain Syauqina, Ammar Wajdi dan Azad Hamdi dalam Rindu Di Kalbu iaitu novel sulung Kak Durrah. Kak Durrah berharap semoga MLK akan mampu mengubat rindu peminat kepada watak-watak tersebut, sekaligus mengetahui tentang perkembangan 'hidup' mereka. Kisah ini khususnya buat Azad Hamdi yang sering mengimbau memori silam. Apakah sifat Azad yang ceria dan happy-go-lucky suatu masa dahulu kini telah tercela dek memori duka? Masihkah dia berharap kepada cinta yang tak pernah kesampaian itu? Atau... dia mengorak langkah untuk merubah corak hidupnya? Sama-sama kita nikmatinya.
Merdu Lirik Kasih juga ditulis seiring mood 'menikmati' lagu-lagu Maher Zain yang sangat Kak Durrah minati. Malah, Kak Durrah mengajak para pembaca menyelami keindahan liriknya yang sangat memberi perangsang kepada akak sepanjang tempoh menulis. Di harap para pembaca mampu menghayatinya sebagaimana Kak Durrah sendiri.
Saat sukar mengungkap isi hati, melodi indah ini menjadi pengganti.
Semoga kisah yang dikongsi ini mendapat sambutan dan menghiburkan semua!!
Salam mesra,
Durrah Fatiha
2 comments:
Oooo.. Ain dengan Amar tu eh?
Novel tu Maryam paling suka! :)
Tahniah, auntie! TERBAIKLAH! ;)
er. memang harga novel Alaf21 meningkat eh? (",)
Salam Maryam,
Ya, memang kesinambungan kisah Ain aka Qina, Ammar n Azad. Harga novel? Mmm... mengikut kata Alaf, harga bergantung kpd jum. muka surat.
Post a Comment